Wednesday, May 5, 2010

Sambutan Pesta Kaamatan Kg. Sokid, Bundu Tuhan, 2010

Saudara dan saudari adalah dijemput untuk menyertai dan meramaikan sambutan pesta kaamatan kg. Sokid Bundu Tuhan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Mei 2010
Tempat : Mini Dewan kg. Bundu Tuhan
Masa : 2.00pm.

Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut:
1. Pertandingan masakan
- tema masakan ialah 'guol' atau yam.
2. Pertandingan minuman tapai.
- Tapai yang berkualiti akan menerima markah yang tertinggi akan jadi pemenang.
3. Sukan dan sukaneka
- pelbagai jenis sukan akan diadakan. Antaranya ialah Futsal, Bola tampar, tarik tali, melastik,
sopuk, dan sebagainya. ( bergantung kepada AJK Penganjur) Sila ambil perhatian bahawa
acara sukan akandiadakan lebih awal iaitu bermula seawal jam 8.00am.
4. Pertandingan Unduk Ngadau
- Pertandingan yang dibuka kepada gadis-gadis 18 tahun hingga 25 tahun. Pemenang akan
berpeluang mewakili kg. Sokid Bundu Tuhan ke pertandingan Unduk Ngadau peruingkat
daerah Ranau.
5. Pertandingan sugandoi
- Pertandingan ini akan diiringi oleh kumpulan kugiran yang mantap. Terbuka kepada lelaki
dan perempuan.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, makanan dan minuman tradisional akan disediakan oleh penganjur.

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk membuka gerai menjual makanan dan minuman, sila berhubung dengan penganjur (Cik Fisyra Sintian) untuk mendapatkan tapak gerai. Untuk makluman tapak gerai adalah terhad.

Oleh yang demikian, datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan sambutan ini dengan gembira.

"KAAMATAN IMPOHONON DO KOMOGOT-MOGOTON"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.