Thursday, May 6, 2010

GOTONG ROYONG HARI BUMI DITUNDA

Gotong royong sempena hari bumi yang sepatutnya akan diadakan pada 09 Mei 2010 telah ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Ribuan kemaafan kepada sesiapa yang telah merancang untuk menyertai aktiviti tersebut.

Walau bagaimanapun, pada tarikh tersebut, (09 Mei 2010) gotong royong membersihkan kawasan dewan serbaguna kampung akan diteruskan sebagai persediaan sambutan pesta kaamatan peringkat kg. Sokid B. Tuhan. Gotong royong ini akan bermula pada pukul 9.00am. Mesyuarat akan diadakan selepas gotong royong ini selesai.

Kehadiran dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wednesday, May 5, 2010

"Earth Day" Kg. Bundu Tuhan

Sebagai menyambut hari bumi sedunia, Kg. Bundu Tuhan akan mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sepanjang jalanraya bermula dari Tenompok hingga ke Himbaan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 09 Mei 2010
Masa : 8.00am

Semua penduduk Kg. Bundu Tuhan adalah digalakkan untuk menyertai kempen ini. sesiapa yang berminat sila berkumpul di kawasan JKK Seperti berikut:
1. JKK Gondohon : Balai Raya Kg. Gondohon
2. JKK Siba : Dewan mini kg. Siba
3. JKK Sokid : Dewan Mini Kg. Bundu Tuhan
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pengerusi JKK masing-masing.

Perhatian kepada penduduk kg. Sokid Bundu Tuhan, anda digalakkan untuk terus berada di Tenompok kerana aktiviti akan bermula dari tempat tersebut dan berakhir di dewan mini kg. Bundu Tuhan. Makan dan minum akan disediakan selepas aktiviti tamat.

Sambutan Pesta Kaamatan Kg. Sokid, Bundu Tuhan, 2010

Saudara dan saudari adalah dijemput untuk menyertai dan meramaikan sambutan pesta kaamatan kg. Sokid Bundu Tuhan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Mei 2010
Tempat : Mini Dewan kg. Bundu Tuhan
Masa : 2.00pm.

Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut:
1. Pertandingan masakan
- tema masakan ialah 'guol' atau yam.
2. Pertandingan minuman tapai.
- Tapai yang berkualiti akan menerima markah yang tertinggi akan jadi pemenang.
3. Sukan dan sukaneka
- pelbagai jenis sukan akan diadakan. Antaranya ialah Futsal, Bola tampar, tarik tali, melastik,
sopuk, dan sebagainya. ( bergantung kepada AJK Penganjur) Sila ambil perhatian bahawa
acara sukan akandiadakan lebih awal iaitu bermula seawal jam 8.00am.
4. Pertandingan Unduk Ngadau
- Pertandingan yang dibuka kepada gadis-gadis 18 tahun hingga 25 tahun. Pemenang akan
berpeluang mewakili kg. Sokid Bundu Tuhan ke pertandingan Unduk Ngadau peruingkat
daerah Ranau.
5. Pertandingan sugandoi
- Pertandingan ini akan diiringi oleh kumpulan kugiran yang mantap. Terbuka kepada lelaki
dan perempuan.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, makanan dan minuman tradisional akan disediakan oleh penganjur.

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk membuka gerai menjual makanan dan minuman, sila berhubung dengan penganjur (Cik Fisyra Sintian) untuk mendapatkan tapak gerai. Untuk makluman tapak gerai adalah terhad.

Oleh yang demikian, datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan sambutan ini dengan gembira.

"KAAMATAN IMPOHONON DO KOMOGOT-MOGOTON"